:: As-Sakinah ::

Sunday, July 31, 2005

gigitlah kerinduan pd Allah itu...

Assalamualaikum...

Manisnya iman.. bagaimanakah rasanya yg sebenar? sering ana tercari2.. kadang2 jatuh.. ana bangun kembali.. then bersedia kalau2 jatuh kembali.. itu ana terima secara positif insyaAllah.. ego dalam diri ni perlu dikawal.. certain2 masa perlu diturunkan ke thp plg rendah.. never rs down bcoz u have the responsbility... ana nmpk diri ana yg kurang confident utk berhujah tntg satu2 benda.. ketegasan bg ana amtlah pntg dlm konteks mendidik nafsu dan hati.. cbrn ckup besar.. ouwh.. perempuan dah name pon pompuan.. sensitif siot.. but that one satu kelebihan gak sbnrnye..:)

Allah..Allah..Allah.. dari ENGKAUlah hadirnya segala yg kurasa.. pahit.. manis.. kupohon KAU tetapkan hati ini pd yg hak.. sinar iman yg terpancar dari wjh yg sering berwudhuk.. melambangkan pemikiran yg bersih.. haha.. bebas maksiat hati...

sem 3 ana kata tahap minat kat study agak berkurangan.. ye ke? X BETUL tuh melainkan kinah ni sendiri yg mengada2.. manje sgt! elelelele.. pirraaaahhh.. mane bley down minah oi! mesti terus ke hdpn.. stuck kejap sbb terkena kejutan letrik sbb guruh sambar.. hahaha.. just nk ceriakan minda.. mane leh down.. tahts not me okay.. neway ma'iyatallah...Allahuakbar...

(",)

(",)

(",)

Thursday, July 28, 2005

Nikmat sungguh dugaanMU Tuhan...

Bismillahirrahmanirrahim...

SAKINAH ADALAH SEORANG YG PERASAN.. then syok sendiri.. sape kate nak kat die.. die sendiri terhegeh-hegeh.. ouwh! inilah dia konflik diri yg ana hadapi skrg.. satu peristiwa menyebabkan ana seolah2 tidak punya self confident lagi... baru kusedari.. ana begitu lemah bab menjaga hati rupanya.. sehinggakan begitu mudah ana terpengaruh dalam diam.. tambah2 pula diri ni dah sememangnya lemah.. tapi xkisah laa.. ambil semua sebagai pengajaran.. (arghh.. Ya Tuhanku.. KAU faham aku..:) ana boleh kata ana kuat tapi hakikatnya.. dalam hati hanya ALlah sj yg tahu.. sabar dan redha..

Masa cuti sebenarnya.....
Ana dah saksikan bagaimana family begitu survive.. ada satu hari sampai nak beli beras pun punyelaa.. tapi xpe ujian sementara di dunia.. mudah2an di sana janji Tuhan pasti berlaku.. ana punya 5 adik.. yg 4 punya harapan atas ana.. mereka cerdik.. tiap2 tahun naik pentas.. keadaan begini memberi harapan pd abuya.. mak.. untuk lihat anak2 berjaya.. tapi ana nmpk tgjwb.. atas diri ana.. mak abah akan terus pegang perjuangan ats agm.. ana akn cube tlong adik2.. sedaya yg mungkin.. ana mahu tanggung pengajian mrk.. Tapi dugaan Allah ckup besar.. adakah ana boleh terus bersemangat dan sekaligus dengan itu berusaha.. yakin..? kadang2 bile ana rasa down.. ana akn rasa ckup bersalah.. Then skrg.. ana rasa apa yg sebaiknya ana berusaha.. tawakkal.. rasa down tu lumrah naik turunnya iman manusia..

"Ya Allah.. KAU tahu apa yg terbaik buatku.. lindungi daku dan rahmati hambaMU ini"

Ape2 pun yg ana rasa sekarang.. ana pohon keampunan Allah sbb rasa gundah selalu.. ana lebih suka mengalah dari cuba berbahas orang yg cuba guna kuasa autokratik.. ana bersalah.. dan biar ana tanggung sume.. nak ucap lafaz pedih2.. korang punye psl.. tu korg dgn Allah.. just remind myself.. u can get it if u really realize that what u want is belongs to HIM.. just ask HIM.. apa2 lebih baik hati yg merasa meredhai.. biar rasa rendah diri.. biar rasa muka ditemboki.. ana tetap mahu berjuang.. dan ana tetap ana! ana bukan main2 dln apa jua perkara.

wallahualam..

Tuesday, July 26, 2005

ana buat org marah..

Astaghfirullah..

Kinah! macam mana bleh buat silap tuh?
Ana buat org marah.. ana buat org marah.. ana melemahkan..

"Ya Allah, aku pohon perlindungan.. aku pohon maghfirah"

Sungguh ana xmahu buat org marah. Sungguh! tapi tu dah terjadi.. ana melukakan hati seseorang.. sungguh ana kesal.. tapi segalanya terjadi tanpa ana sendiri sedari. kesilapan yg besar.. hasil dari kelemahan diri ana.

jika da peluang ana nk tebus balik.. maaf sgt2.. hukumlah hambaMU ini di dunia ini Tuhanku.
Wallahua'lam

Kekuatan pada hati..bagaimana..?

Hati merupakan elemen utama yg perlu dijaga..

"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."-- Imam Al-Ghazali

usahlaa dikenang lagi sakinah.. cube renungi kesilapan diri sendiri.. di mana kekuatanmu.. ingat Allah selalu.. itu jalan penyelesaian.. dzikrullah menyemai ketenangan dalan hati.. kekuatan dari dalam akan memelihara dirimu dari apa jua dugaan mendatang..

Seorang Gadis..
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ...
telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ...
dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah . seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia! seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ...
anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Saturday, July 23, 2005

jagalah hatimu sakinah...

sakinah... sakinah... usah kecundang.. DIA memahami.. DIA menguji lagi.. sukar sungguh manjaga hati.. rindu pada Tuhan selalu.. hati tempat jatuhnya pandangan Allah.. survive to be a better muslimah..
pokok pangkalnya hati.........mesti dijaga..

Nabi saw telah bersabda: "sesungguhnya dalam badan manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah seluruh badan. Tetapi sebaliknya apabila rosaknya ia, maka rosaklah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."

paste lg..

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

wallahua'lam

Friday, July 22, 2005

Mengapa mesti begini...

Rasa diperdaya.. dipermainkan... tapi ana lebih kenal apa yg bernama ujian dari Yg Esa.. xsangka bertemu kembali insan itu.. namun... ah lupakan.. bekerja sebagai cashier di SABASUN lps matrik.. dgn penampilan berjilbab.. julung2 kali kot... rupanya beri peluang ana dikenali.. orang kenal kita tapi.. kita xkenal pula org itu.. pernah dlm hati terdetik.. selalu jugak syabab ni bayar kat kaunter ana.. nak je ana angkat wajah supaya dpt mengecam wjh itu.. tapi malu membatasi.. then dpt pula twrn masuk U-Tech ni.. syabab tu dpt tmpt yg sama.. biarpun begitu, ana xprnh menyedari ana ini dikenali syabab itu.. xprnh sedar kewujudannya hinggalah nahnu ditakdirkan jadi fasilitator pemudah cara MINDS dan sebelum tu kat KMPH... sungguh tidak sangka ini syabab yg sama selalu berada di kaunter SABASUN dulu.. rupanya ada peluang ana mengenalinya...
Pertama kali ana memuji.. ana mengkagumi seorang syabab.. tajwid yg begitu fasih dlm doanya.. dalam bacaannya.. dalam solatnya.. keterampilan yg begitu utuh.. sejak bila ana begini.. ouwh.. something happen.. cukup menawan hati ana.. namun hati perlu dijaga.. HATI yg lemah ini terlalu peka.. sekalipun perlu menyakiti.. ana perlu tegas.. inni akhafullah.. Allah lebih berhak tentukan segala.. itu ana yakini.. dengan sepenuh2 yakin.. kini.. syabab itu menjadi sahabat ana.. persahabatan ini akan ana jaga.. itu janji ana pada diri ini..

"Ya Allah, pelihara daku dari apa2 yang Engkau benci... amiin"
Kuasa Allah mengatasi segala..
wslm

Satu tekad...perjalanan masih jauh...

salam..
Agak lama menyepi dari blog ni.. alhamdulillah ana kembali mengisi ruang di sini.. banyak sungguh peristiwa.. bnyk sungguh yg ana pelajari.. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.. ujian jadi milik ana.. syukur lillahita'la.. keliru dan bimbang.. rasa bersalah pada mak abah.. pada Allah.. maka di situ ada something wrong.. ana menyedari then ana terus tekad.. mesti hentikan apa yang kuragu2.. mesti lakukan.. andai ada harapan.. hanya harapan pada DIA Yg Esa. Ana xtenang kerana berharap pada makhluk.. thats the point.. then dgn rahmat Allah jua ana bertekad mencantas nafsu yg membelenggu diri.. selagi nyawa dikandung badan itu usaha ana..
Ana hanya seorang muslimat yang lemah.. ana juga diuji.. sering diuji.. sekali ana terleka maka sengsaralah diri yg kerdil ini.. namun ana xpernah kesal dengan apa2 yg memedihkan kerana di situ ana nmpk kasih syg Tuhan.. di situ ada kemanisan iman..
Dari satu peristiwa.. beranjak ke satu peristiwa.. dari satu ujian ke satu yg lain.. sahabat ana bertambah juga.. itu rahmat di sebalik semua yg berlaku.. sahabat yg memahami.. sahabat yg sejati..
that all 4 today.. untuk sahabat baru ana.. if nta berkesempatan baca blog ana, teruskan perjuangan..

wasalam..(",)

Tuesday, July 19, 2005

Mencari cinta hakiki...

bismillahirrahmanirrahim...

HUBUNGAN HAMBA DENGAN KHALIKNYA

Apabila sembahyang di tinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang dengan kelalaian
Hubungan hamba dengan khaliqnya sangat cacat
Atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah,para malaikat,seluruh makhluk Allahkecuali jin dan manusia.
Kalau begitu apalah erti kekayaan
Nama glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikan sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya.
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkanlah maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapanNya
Agungkan dan besarkan zatNya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudannya sahaja kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula sekali di periksa
Dirikanlah sembahyang dan jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita di terima.
nukilan dan ilham: Zulkifli bin M.Ali (pujangga_boy85)
wassalam.....

just copy n paste.. but actually benar seperti yg ana rskan...
busy
hopefully segalanya dipermudahkan..
amiinn...
perkasakan iman di hati...

Monday, July 18, 2005

Kembali ke kampus...