:: As-Sakinah ::

Monday, December 19, 2005

Tangisan Rasulullah saw..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Dari Abdullah Ibnu Syikir r.a.. lebih kurang begini maksud hadithnya..
bahawasanya beliau telah melihat Rasulullah saw pada waktu itu sedang bersolat dan padanya terdengar suatu bunyi tangisan baginda yg kedengarannya seperti bunyi mendidihnya air di dalam cerek.

mahu dilihat tangisan Rasulullah saw itu kerana apa? Baginda menangis kerana kasih sayang terhadap umat baginda.. dan jua kerana takutnya baginda pada Allah Taala.. mahu diduga apakah nilai umatnya di sisi Allah kelak..

Nilai kehidupan manusia di sisi Allah.. itu sememangnya hanya hak Allah Taala.. Fi kitabihi a'ziz.. Allah ada firman.. tentang 3 golongan manusia di sisiNya..

iaitu yg pertamanya golongan yg menganggap hidup hanya di dunia semata2. tiada kesinambungan akhirat seperti yg dijanjikan oleh Allah dalam Quran. Golongan ini melakukan apa sahaja di dunia ini seolah2 segala balasan hnya di dunia..

golongan kedua iaitu golongan yg tersimpang dari hukum Allah.. wana'uzubillahiminzalik..aqidah yg tersasul.. mempermainkan segala perintah syara' dan seumpamanya.. golongan ini menganggap diri mereka telahpun melakukan kebaikan di atas muka bumi sedangkan mereka tersimpang jauh di sisiNya..

golongan ketiga iaitu golongan yg menjadikan dunia ini sebagai ladang tanaman dan hasilnya adalah di akhirat kelak.. golongan inilah yg memahami apa itu hakikat kehidupan dan punya makrifat terhadap Allah Taala..

Kita ingin tergolong dalam golongan ketiga itu sudah tentunya begitu.. namun segala2nya adalah NILAIAN ALLAH.. Allah Maha Kuasa. mudah2an sama2 cuba lakukan yg terbaik.. wa ana still blurr..blurr hari ni.. semakin hari rasa semakin bodoh.. namun itu nikmat dan rahmat Allah jua untuk diri ana.. Apa2 syukur lillahitaala..cukup sekadar utk pg ni.. lps ni p prgrm LTC.

wallahua'lam.

Sunday, December 18, 2005

Solat pokok pangkalnya.........

Muslimah sejati.... kaum ibu yg bakal menjadi mithali.... wanita solehah..
Tidak memandang pada mana-mana syabab yang wara'.. yg baik mahupun tidak tetapi dalam hatinya hanya ada Allah.. hanya ada Tuhannya.. ada Rasul pesuruhNya.. dan.. mana-mana syabab jua tidak memandang padanya..andai sampai kepengetahuannya bahawa dia sedang dilihat atau diperhati maka pada saat itu juga akan wujud ketakutan dalam dirinya.. dia bimbang Allah akan jadi murka dengannya.. segala tindaknya terbantut dan diekori kerisauan..
Namun adakah itu diri ana? belum capai tahap itu.. belum capai tahap itu.. setakat yg mampu ana lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa.. ya Allah ampuni daku.. ampuni daku.. Kau pegang hati ini.. Kau awasi jiwa.. dan Engkau jualah yg mampu memeliharanya.. segalanya dengan rahmatMu jua..
Isteri yg sejati dan ibu yg mithali mampu menjadi sayap kiri bagi menyokong dan mendorong suaminya dalam perjuangan menegakkan agama Allah. ibu mithali mampu mendidik dengan penuh hikmah dan menyayangi cahaya hatinya.. ibu ana contoh terbaik bagi ana untuk dicontohi..
Ada kalanya perlu dan sgt perlu sebenarnya untuk menjadi "jual mahal" atau pada kata lainnya.. xberi muka pada diri dan juga others dalam bab2 hati.. sebagai salah satu cara menjaga hati dan menjaga maruah.. maruah perempuan malu.. dan maruah mukmin solat... terjejasnya hati membawa kepada terjejasnya solat kerana rosaknya hati boleh membawa kepada solat yg tidak khusyuk......jaga solat wajib.. dan yg disampingnya solat2 sunat.. insyaAllah yg lain terjaga......
wallahua'lam

Friday, December 16, 2005

Karnival Usahawan IPTA n PUM kat UITM

Alhamdulillah.. ni 1st time ana menyertai karnival ni.. annual event sebenarnye.. next will be USM turn. walaupuna agak kepenatan tp rase puas.. at least dapat timba ilmu.. sambil2 tu dpt tinjau UITM. KUKTEMnye kiosk takla mengancam sgt mcm USM atau UMS dan lain2.. memadaila sekadar nak tinjau bagaimana rupenye karnival ni.. KUKTEM 1st time sertai ni sebenarnye.. kiosk kat Dataran Shah Alam.. waktu malam kat situ bising dgn bunyi enjin motor anak2 mude yg menghabiskan mase kat situ..

Ana jadi peserta pertandingan simulasi rancangan perniagaan.. level U tuh.. pecah kepale.. but ok laa.. dari U lain sume yg amik kos accounting ler.. kos ekonomi perniagaan ler.. yg dr Kuktem ni amik eng.. yea2.. best la dgn aktiviti keusahawanan nih..(",)

En.Saharudin jadi pengiring kami masa tu.. itu je yg terbaik kami mampu berikan .. hope En. ni berpuas hati.. next time mgkn blh jadi lbh baik..

ni xdisangke2.. masa dlm perjalanan balik ke Kuktem.. van ade berenti kat stesen minyak di Shah Alam tu nak isi minyak.. ana terperasan sorang tuh mcm kenal.. ZUL YAHYE pelakon tuh.. dulu masa tinggal dgn nenek ana suke menonton TV.. so kenalla jgk.. ape lg amik kesempatan la bergambar dgn die.. so dpt gmbr Zul Yahye dgn staf dan student kuktem yg jd wakil ke karnival thn nih.. die pun usahawan gak..

Pelbagai usul dan cadangan yg telah dibentangkan oleh stp U ms karnival.. sekaligus dah bertambah2lah idea ana skrg nih.. yg paling syok dgr..

hadith Nabi saw.."Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki itu adalah dari perniagaan" seiring la dgn minat ana..

" Ya Allah bantu kami ya Allah.. lindungi kami ya Allah "

Saturday, December 10, 2005

Sekadar memuji... tapi pujian untuk Tuhanku adalah yg sebenar-benarnya..

Alhamdulillah hari ini ana masih mampu menunaikan solat berjemaah.. Lagi syukur Maha Suci Allah.. DIA kurniakan rahmat ujian untuk ana hari ini.. tadi rasa bosan.. ana pohon Allah turunkan sakinah dalam hati ana.. Alhamdulillah wa alhamdulillah malam ni ana rasa tenang.. Ana solat di masjid hari ni.. dgn Kak Chik.. sungguh ana xmenyangka Allah turunkan rahmatNya dan nikmatNya.. Moga kekhusyukan dpt dipertingkatkan dan moga Allah pelihara hati ana.. Ya Allah beri aku ketenangan dunia akhirat.. kurniakan juga buat shbt2.. juga kedua ibubapaku..

"Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui.. Kau Maha Mengkehendaki.. Kau faham daku.. Kurniakan daku zuriat yg soleh jua solehah suatu hari nnt. jadikan jua daku zuriat yang solehah kepada kedua org tuaku.. Hindari daku dari harapan yang keterlaluan terhadap itu kerana Engkau lebih menguasai segala.. Daku serahkan padaMU ya Tuhan yangku cinta selama-lamanya"

"Ya Allah, jadikan daku redha dengan segala kehendakMU.."

Ada manusia kebuluran di luar sana.. apa hak ana untuk merungut walau sekali.. apa hak ana..??
wallahua'lam

Keboringan...

Bismillahirrahmanirrahiimm...

Ana hari ni agak 'boring'..ouwhh begitu agak bahaya sbb.. sebenarnye bnyk bende boleh buat.. bnyk minat ana on internet.. tp hr ni rs bosan dgn tenet.. emm ape nak buat.. insan lalai.. kekadang rase bosan..jemu.. tapi xboleh selalu begitu kerana jiwa kan jadi lemah.. ade hfzn surah2 ke bleh mantapkan kembali.. ms bnyk terluang bleh pkrkan sesuatu yg berfaedah sbg pengisian rohani.. satu ana xprnh rs bosan.. pkr soal hati.. cube singkap sesuatu.. tabir Ilahi.. fuyyo.. ana xleh bosan2.. kesabaran teruji di situ sebenarnye..

Bersyukur gak ade rase bosan.. mcm2 ade kt dlm diri ana ni.. Allah bagi sume.. ALHAMDULILLAH....

Ape erti mujahadah lagi... menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran dan keyakinan bahawa Allah pasti bantu.. Berkorban apa sj demi agama.. kerana Allah.. mujahadah melakukan jihad hati.. jihad apapun laa.. jihad hati paling rumit.. jihad paling besar..

semalam ana saksikan vedio woman giving birth.. sakiiitttt... ya Allah..Maha Suci Allah.. sbb tu Allah beri jaminan.. perempuan yang taat pd ibubapa juga suami.. maka syurgalah tempat bgnya.. subhanallah..

wallahua'lam.

Friday, December 09, 2005

Maju kehadapan... Neva look back...

Neva look back
Neva look back
Neva look back
Neva look back
If back make me down........................................................

Keheningan pagi ini menyucikan hati..

Alhamdulillah wa alhamdulillah...

Pada siapa nak diceritakan.. pada siapa nak diluahkan.. Ya Tuhanku, Maha Suci Engkau yang menjadikan hatiku hari ini dan saat ini begitu tenang.. Kau lindungi daku di bawah lembayung rahmatMu.. terima kasih ya Allah.. Jadikan ketenangan ini satu nikmat yang berterusan dalam diriku..

Tanpa dugaan hidup tidak bermakna.. tanpa ujian maka ana tidak tahu.. dalam area pukul 11 jap lagi ana akan berjumpa dengan Dekan Jabatan Soft Skills kat Kuktem ni. Ustaz Nubli.. Mungkin inilah apa yang dapat ana sumbangkan. Hope dapat mempelajari sesuatu. Buat kali keduanya ana dipertanggungjawabkan oleh sahabat2 untuk mngepalai program. Yang 1st dulu lawatan perintis usahawan ke Selangor.. kali ni program Women Hear This.. for the siswi.. Ya Allah, berikan daku kekuatan.. tunjuki daku.. ana ada sahabat2 yang akn membantu.. InsyaAllah.. lakukan yg terbaik..

Tetapkan hatiku ya Allah..
Istiqamahkan daku..amiinn

Thursday, December 08, 2005

Devotees n Dehearty













Friday, December 02, 2005

Ana diuji lagi...

PUTERIKU SAYANG....sabar,dan sabar lg..
lembutmu tak beerti kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dlm berbakti
lembutmu bukan hiasan...bukan jua kebanggaan..
tapi kau sayap kiri pada suami yg sejati
disebalik bersih wajahmu
disebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yg takut pd Ilahi
berpegang pada janji
ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya
malumu mahkota yga xperlukan singgahsana
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yg dpt merampasnya
melainkan kau sendiri pergi menyerah diri
aduhai puteriku sayang
kau bunga kebanggaan
aduhai puteriku sayang
kau bunga idaman...

Thursday, December 01, 2005

Wanita dan kehormatan..

Berbicara tentang wanita.. dan kehormatan.. sependapat ana dgn seorang akak di luar sana dan mgkn jg ramai lagi.. wanita perlu pertamanya menghormati diri mereka terlebih dahulu sebelum mengharapkan penghormatan dari orang lain. Menghormati diri sendiri dengan bijak melakukan tindakan daripada keputusan bernas yg diambil hasil dari pemikiran yg matang..

Memberi peluang untuk berlembut pada hati bukanlah satu tindakan yg boleh menyelamatkan dirinya. Jika wanita tidak menjadi kuat bagaimana pula kaum adam pula dapat mengawal kehendak hati mereka sedangkan ujian bagi mereka lebih berat memandangkan nafsu mereka tertumpu pd satu..iaitu WANITA. Hanya yg bertaqwa dan teguh hati akn terselamat.. wanitalah jua yg perlu mengambil tindakan mengawasi diri dari menggugat mereka..

Dengan ilmu, manusia jadi mulia.. dengan iman hamba jadi kekasih..Wanita andai berilmu maka terselamatlah dia dari tipu daya dunia dan syaitan.. andai beramal sekadar menjadi ikut2an.. awas.. perangkap bukan menjejak tetapi dijejak.. ilmu menjadi kepentingan bagi ana.. bila disertai dgn taqwa maka disitulah kita menuju kesempurnaan..insyaAllah..

"Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah.."
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..bila hati bersih, dapat singkap tabir Rabb.. tapi bila hati kotor..kebenaran tidak terlihat...

wallahualam

No matter..never give up!

Lahirnya seorang insan ke atas muka bumi bersama takdirnya yg telah termaktub dalam Luh Mahfuz..comel sgt..



Perjuangan belum selesai! perjalanan masih jauh.. bukan setakat di kuktem sj..Hari ini ana menyedari sesuatu.. rupanya selama ini ana byk sgt meminta.. sedikit sungguh memberi.. sedangkan memberi lebih baik dari menerima..hari ini ana berasa sedikit bosan namun jauh di benak hati ana katakan ana mampu mengatasi kebosanan ini sebenarnya.. cume ana bnyk memberi muka pd diri untuk merungut.. masa boleh diisi.. hati yg tenang memudahkan ilmu masuk.. bersihkan minda dan cuba baca sesuatu.. insyAllah.. hidup akan terasa lebih bermakna sekaligus dpt jadi seorang insan yg matang..

Kurang sekali ana cuba mengkaji apa2 yg xjelas berkenaan diri sendiri..telah DIA kurniakan segala2nya untuk ana.. sahabat..keluarga..kesihatan..ilmu..Islam..iman.. amat2lah bnyk xterbilang.. syukur alhamdulillah..

my result already kuar.. alhamdulillah!

Allah understand me..