:: As-Sakinah ::

Sunday, December 18, 2005

Solat pokok pangkalnya.........

Muslimah sejati.... kaum ibu yg bakal menjadi mithali.... wanita solehah..
Tidak memandang pada mana-mana syabab yang wara'.. yg baik mahupun tidak tetapi dalam hatinya hanya ada Allah.. hanya ada Tuhannya.. ada Rasul pesuruhNya.. dan.. mana-mana syabab jua tidak memandang padanya..andai sampai kepengetahuannya bahawa dia sedang dilihat atau diperhati maka pada saat itu juga akan wujud ketakutan dalam dirinya.. dia bimbang Allah akan jadi murka dengannya.. segala tindaknya terbantut dan diekori kerisauan..
Namun adakah itu diri ana? belum capai tahap itu.. belum capai tahap itu.. setakat yg mampu ana lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa.. ya Allah ampuni daku.. ampuni daku.. Kau pegang hati ini.. Kau awasi jiwa.. dan Engkau jualah yg mampu memeliharanya.. segalanya dengan rahmatMu jua..
Isteri yg sejati dan ibu yg mithali mampu menjadi sayap kiri bagi menyokong dan mendorong suaminya dalam perjuangan menegakkan agama Allah. ibu mithali mampu mendidik dengan penuh hikmah dan menyayangi cahaya hatinya.. ibu ana contoh terbaik bagi ana untuk dicontohi..
Ada kalanya perlu dan sgt perlu sebenarnya untuk menjadi "jual mahal" atau pada kata lainnya.. xberi muka pada diri dan juga others dalam bab2 hati.. sebagai salah satu cara menjaga hati dan menjaga maruah.. maruah perempuan malu.. dan maruah mukmin solat... terjejasnya hati membawa kepada terjejasnya solat kerana rosaknya hati boleh membawa kepada solat yg tidak khusyuk......jaga solat wajib.. dan yg disampingnya solat2 sunat.. insyaAllah yg lain terjaga......
wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home