:: As-Sakinah ::

Monday, December 19, 2005

Tangisan Rasulullah saw..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Dari Abdullah Ibnu Syikir r.a.. lebih kurang begini maksud hadithnya..
bahawasanya beliau telah melihat Rasulullah saw pada waktu itu sedang bersolat dan padanya terdengar suatu bunyi tangisan baginda yg kedengarannya seperti bunyi mendidihnya air di dalam cerek.

mahu dilihat tangisan Rasulullah saw itu kerana apa? Baginda menangis kerana kasih sayang terhadap umat baginda.. dan jua kerana takutnya baginda pada Allah Taala.. mahu diduga apakah nilai umatnya di sisi Allah kelak..

Nilai kehidupan manusia di sisi Allah.. itu sememangnya hanya hak Allah Taala.. Fi kitabihi a'ziz.. Allah ada firman.. tentang 3 golongan manusia di sisiNya..

iaitu yg pertamanya golongan yg menganggap hidup hanya di dunia semata2. tiada kesinambungan akhirat seperti yg dijanjikan oleh Allah dalam Quran. Golongan ini melakukan apa sahaja di dunia ini seolah2 segala balasan hnya di dunia..

golongan kedua iaitu golongan yg tersimpang dari hukum Allah.. wana'uzubillahiminzalik..aqidah yg tersasul.. mempermainkan segala perintah syara' dan seumpamanya.. golongan ini menganggap diri mereka telahpun melakukan kebaikan di atas muka bumi sedangkan mereka tersimpang jauh di sisiNya..

golongan ketiga iaitu golongan yg menjadikan dunia ini sebagai ladang tanaman dan hasilnya adalah di akhirat kelak.. golongan inilah yg memahami apa itu hakikat kehidupan dan punya makrifat terhadap Allah Taala..

Kita ingin tergolong dalam golongan ketiga itu sudah tentunya begitu.. namun segala2nya adalah NILAIAN ALLAH.. Allah Maha Kuasa. mudah2an sama2 cuba lakukan yg terbaik.. wa ana still blurr..blurr hari ni.. semakin hari rasa semakin bodoh.. namun itu nikmat dan rahmat Allah jua untuk diri ana.. Apa2 syukur lillahitaala..cukup sekadar utk pg ni.. lps ni p prgrm LTC.

wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home